Home | home | Facebook | My gallery |

Slice Cake


Assalamualaikum..oleh kerana ramai yg bertanya saya mengenai ' bagaimana untuk berniaga kek slice' jadi untuk memudahkan semua org..saya letakkan syarat2 untuk menjadi dealer kek slice ni ya

Setiap tray yg mempunyai 30 slices berharga RM 40
 tambahan RM5 utk kek Red Velvet dan Coklat layer cheese atau apa jenis kek yg menggunakan cheese (rm45 utk satu tray)

Deposit utk  1 tray ialah RM  10 (wang akan dipulangkan selepas tray dipulangkan)

Kami menawarkan flovour ini untuk dipilih : Coklat moist / red velvet/ coklat oreo cake / strawberry cake/oren cake/pandan cake dan anda boleh suggest flavour lain yg anda suka.
Anda boleh memilih berapa tray dan maklumkan saya flovour yang anda perlukan dan bank in kan ke account saya dan datang ke tempat saya untuk mengambil kek.
Tempoh utk oder kek ini ialah 3 hari sebelum.
Jangka hayat kek : Kek akan tahan selama 3 hari berada di suhu bilik 1 minggu dan lebih di dalam chiller.
Kek tidak sesuai di letakkan di tempat panas.
Biasanya peniaga2 saya memulakan perniagaan mereka pada pukul 6 ptg ke atas, jadi kek akan lebih tahan lama dgn cuaca yg tidak panas.

dan ini entry mengenai slice kek sebelum ini :

Slice kek

slice kek ini telah lama saya idam utk membuatnya, kek ini sesuai utk majlis kenduri kendara dan harganya sangat murah, bagi satu tray kek ini saya menggunakan 2 adunan kek tapi ya ampun harganya tak sampai harga 1 adunan..murah kan? jgn minta murah lagi.. membuat kerja amal la pulak saya nanti hehe..
tuan2 dan puan2 boleh saja minta apa jua jenis kek seperti  brownies /orange/strawberries/brownies pandan(sedap ada white coklat di dlmnya) tapi kaler hijau la bukan brown.

kali ini saya buat utk seseorang yg ingin menjadi pengedar bagi kek saya utk dijual di pasar malam..oleh kerana kesuntukan masa utk saya minggu ini projectnya ditangguh ke next 2 weeks..selepas saya balik kg bersukaria.


Untuk sesiapa yg berminat menjadi pengedar dgn keuntungan yg sangat berganda...untuk berniaga di pasar pagi di mana jua..sila jangan malu untuk call. kek yg dihiasi berbagai warna dan hiasan mempunyai daya tarikan tersendiri terutama kepada anak2 (tarik tgn ibu beli) tu la namanya menarik hahaha.. jangan lepas kan peluang untuk mencari rezeki lebih kepada keluarga anda :) call saya 013 3267070